Web Hosting

Wednesday, December 23, 2009


Mengambil gambarfoto pada hari ini adalah sangat mudah dengan adanya teknologi fotografi terkini. Tetapi harus diingat, aspek paling penting dalam penghasilan gambarfoto yang berkualiti dan bermutu adalah terpulang kepada anda sendiri. Kamera digital itu sendiri tidak mungkin akan menghasilkan gambarfoto yang menarik. Maka, Ini semua terpulang kepada anda untuk menentukan penghasilan gambarfoto mengikut kehendak dan cita rasa anda.

BERIKUT IALAH BEBERAPA TIP YANG AKAN MEMBANTU ANDA DALAM PENGHASILAN GAMBARFOTO DENGAN BAIK:

1. KENALI KAMERA DIGITAL ANDA:
Kebanyakan kita apabila sahaja membeli sebuah kamera digital, akan terus menggunakannya tanpa membaca manual arahan penggunaan kamera digital tersebut. Ini bukanlah cara yang terbaik, anda mesti meneliti dan memahai manual arahan tersebut bagi mengenali kamera digital anda. Tujuannya ialah supaya anda dapat memahami cara penggunaan kamera digital anda dengan efektif. Dengan membaca manual arahan ini, anda mungkin dapat memahami bagaimana mengetahui cara melaraskan dedahan cahaya (exposure), bila perlu menggunakan lampu denyar (flash) dan bagaimana memilih mod dail yang disediakan oleh kamera digital anda.

2. BELAJAR CARA PENGGUNAAN LAMPU DENYAR (FLASH):
Anda juga tidak perlu terlalu menyandarkan 100% pada penggunaan lampu denyar secara automatik. Bergantung kepada keadaan atau cuaca anda perlu memadam atau menghidupkan lampu denyar (flash) untuk mendapatkan hasil gambarfoto yang kreatif dan menarik. Sebagai contoh, apabila mengambil foto di luar bangunan (outdoor), kadang-kadang adalah lebih baik untuk menghidupkan lampu denyar (flash) bagi menerangi sesuatu subjek supaya lebih menarik lagi.

3. PENGGUNAAN TRIPOD MUSTAHAK DALAM PENGHASILAN GAMBARFOTO JARAK JAUH:
Kebanyakkan kamera digital masa kini disertakan dengan pelbagai peralatan-peralatan tambahan. Bagaimanapun, apabila anda menggunakan peralatan-peralatan tambahan ini contohnya lense zum telephoto untuk menggambil gambarfoto kemungkinan besar risiko hasil gambarfoto tersebut akan menjadi kabur (blur) akibat goncangan kamera dan penggunaan tripod adalah disyorkan.

4. KESEIMBANGAN PADA GAMBARFOTO:
Kebanyakkan kamera digital terkini menyediakan paparan skrin LCD, gunakannya sebagai panduan menentukan keseimbangan dalam proses memotret gambarfoto. Cuba gunakan garis-garis lintang pada paparan skrin LCD itu sebagai panduan. Harus diingat keseimbagan pada gambarfoto adalah merupakan peraturan dan perkara asas dalam fotografi.

5. JANGAN SELALU MEMOTRET BAHAGIAN TENGAH PADA SUBJEK:
Kadang-kadang memotret gambarfoto di bahagian tengah mungkin dirasakan adalah yang terbaik pada pandangan sebilangan orang. Tetapi untuk menjadi seorang jurugambar yang baik, anda perlulah menjadi seorang yang kreatif dan cuba berekperimen dengan subjek. Jangan selalu memotret pada bahagian tengah subjek sahaja kerana ini adalah amat membosankan. Beberapa orang jurugambar mencadangkan supaya ketika memotret suatu subjek cubalah keluar sedikit iaitu 1/3 dari bahagian tengah untuk penghasilan gambarfoto yang menarik dan kreatif.

6. ELAKKAN DARI BERHADAPAN DENGAN MATAHARI KETIKA MENGAMBIL GAMBARFOTO:
Ketika mengambil gambarfoto di luar bangunan, cuba ubah kedudukan anda agar matahari berada di kedudukan belakang anda dan subjek berhadapan dengan matahari kerana cahaya matahari yang keterlaluan akan langsung masuk ke bahagian kamera akan membuat gambarfoto terlebih dedahan (overexposed).

7. BANYAKKAN LATIHAN:
Untuk mendapat hasil gambarfoto yang menarik dan bermutu, disyorkan anda mengambil gambar sekurang-kurang satu gambarfoto untuk setiap hari dan kemudian uploadkan atau minta rakan-rakan anda untuk memberi komen pada gambarfoto-gambarfoto yang anda ambil tadi.

Ini merupakan sedikit sebanyak tip-tip berguna kepada anda yang ingin menjadikan bidang fotografi ini sebagai hobi dan mungkin bidang ini sebagai profession anda.

Terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment